Antarabangsa

Biden Sedang Musnahkan Dollar AS – MP Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 27 Disember 2023 – Speaker Duma Rusia, Vyacheslav Volodin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) kini telah kehilangan dominasi ekonomi mereka.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Volodin menerusi saluran Telegram beliau pada Ahad lalu.

Menurutnya lagi, cubaan-cubaan yang dilakukan AS menerusi “konflik-konflik ketenteraan, sekatan serta siri peperangan perdagangan, penganjuran serangan-serangan pengganas serta kemusnahan ekonomi Eropah” sama sekali tidak memberi hasil yang dikehendaki Washington.

Beliau kemudiannya menyatakan bahawa kini hanya dollar yang menjadi satu-satunya alat pengaruh bagi AS. Namun banyak negara lain yang kini sudah meninggalkan penggunaan matawang tersebut berikutan Washington telah menggunakannya sebagai senjata dalam “perlawanan politik”.

Beliau turut menambah bahawa Presiden AS kini, Joe Biden sedang menghalang “kelebihan terakhir” yang ada pada negaranya. Ujarnya lagi,

“Dalam usaha untuk menjamin keselamatan kewangan mereka, negara-negara lain kini lebih aktif dalam meninggalkan dollar sebagai matawang rizab dunia”.

Dunia kini sudah bergerak kearah menggunakan matawang kebangsaan masing-masing dalam perniagaan mereka dan sudah mula membelakangi dollar.

Perkara tersebut telah melalui sebuah momentum yang agak signifikan pada tahun lalu setelah siri sekatan yang dilakukan AS terhadap Rusia dimulakan dengan mengecualikan Rusia daripada sistem kewangan Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: