Antarabangsa

Janakuasa Nuklear: Poland Terima Tawaran AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

POLAND, 14 September 2022 – Kementerian Iklim Poland telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah menghantar dokumen cadangan bagi membantu membina enam reaktor nuklear di negara tersebut dalam usaha mengurangkan perlepasan karbon dan untuk meninggalkan penggunaan arang secara beransur-ansur.

Dokumen yang dihantar kepada Menteri Iklim dan Alam Sekitar Poland, Anna Moskwa itu telah mencadangkan agar Washington dan Warsaw membina pelan dua hala yang terperinci bagi tujuan pembinaan projek tersebut yang dijangkakan akan siap menjelang 2040.

Setiausaha Tenaga AS, Jennifer M. Granholm membuat ulasan mengenai cadangan tersebut dengan mengatakan,

“(Ianya adalah) sebuah langkah yang besar terhadap pembangunan industri nuklear sivil yang teguh, yang mana ianya merupakan sifar pelepasan karbon dan akan menatijahkan kepada satu lagi punca tenaga Eropah yang bebas daripada pengaruh Rusia.”

Beliau juga menyatakan bahawa projek tersebut mempunyai potensi bagi memastikan warga Poland dapat menerima teknologi nuklear yang paling selamat, paling maju dan dipercayai.

Pentadbiran Poland kini sedang mempertimbangkan cadangan AS tersebut. Poland juga menjangkakan rakan sekutunya dalam program nuklear tersebut akan mengambil 49 peratus pemilikan syarikat dan akan membantu dalam mengurus dan membiayai janakuasa tersebut.

AS membuat tawaran tersebut tidak lama selepas Poland mendakwa bahawa mereka telah menjadi “lokomotif pembangunan” bagi keseluruhan Eropah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: