Tempatan

SOSMA Perlu Untuk Keselamatan Nasional – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 Februari 2023 – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA masih relevan demi keselamatan negara, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang menjawab kepada Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (Jelutong) itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan supaya tindakan segera boleh diambil.

BACA JUGA: Thailand Caj ‘Cukai Pelancong Asing’ Bermula Jun

BACA JUGA: 90 Ribu Bangunan Turkiye Risiko Musnah Jika Dilanda Gempa Sekali Lagi

BACA JUGA: AidilFitri: Selepas Menu Rahmah, Raya Rahmah Pula Bakal Diperkenalkan

Katanya, ia adalah bagi mengelakkan sebarang kegentaran awam mahupun ancaman kepada kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Saifuddin juga menjelaskan bahawa SOSMA 2012 merupakan undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ia ada diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang sama Saifuddin memaklumkan bahawa Kementeriannya komited untuk menambahbaik undang-undang tersebut demi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara seimbang dengan hak masyarakat diikuti kepentingan dan ketenteraman negara.

“Dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap undang-undang tersebut, pihak Kementerian telah mengadakan perbincangan dan bengkel dalaman untuk melihat cadangan penambahbaikan.”

“Pihak berkepentingan termasuklah pertubuhan bukan kerajaan, pakar akademik, komuniti dan sebagainya akan dilibatkan dalam sesi pengumpulan maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan tersebut,” jelas beliau.

Sebelumnya, Saifuddin diminta untuk menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengkaji semula peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) SOSMA yang telah menerima kecaman orang awam kerana dilihat menafikan hak asasi rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Saifuddin pernah mengatakan bahawa pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula SOSMA yang memperuntukkan tahanan ditahan sehingga 28 hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: