Antarabangsa

Perang Ukraine-Rusia: CIA ‘Watak Penting’ Jauh Sebelum Perang Bermula Dedah Newsweek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 06 Julai 2023 – Akhbar Newsweek telah melaporkan bahawa The Central Intelligence Agency (CIA) telah memainkan peranan besar di Ukraine dan telah mengendalikan rangkaian rahsia dalam membantu Kiev dalam melawan Rusia.

Laporan yang dikeluarkan pada Rabu lalu itu turut menegaskan bahawa CIA telah memainkan peranan yang sangat penting, bahkan terlibat di dalam konflik tersebut sebelum berlakunya peperangan yang sebenar.

BACA JUGA: Kepala Air Langgar Kampung, Jam 2 Pagi

BACA JUGA: Nelayan Haram Vietnam Mengganas, Tetak Pegawai APMM

BACA JUGA: 44% Pengundi Berdaftar PRN Berumur Antara 21-39 – Suruhanjaya Pilihan Raya

Menerusi makalah yang ditulis oleh William Arkin, beliau mendedahkan bahawa Pengarah CIA William Burns telah mengunjungi Moscow pada bulan Januari tahun lalu dan berjaya membuatkan Kremlin menerima “syarat-syarat” yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Syarat yang dikatakan telah dibuat oleh Presiden AS, Joe Biden tersebut menyebutkan bahawa Washington dan Kiev tidak akan mengambil sebarang tindakan yang mungkin mengancam Rusia. Manakala sebagai balasan, Moscow pula “tidak akan membawa perang tersebut ke luar Ukraine ataupun memilih untuk menggunakan senjata-senjata nuklear”.

Menurut laporan tersebut yang bersumberkan dari lebih sepuluh orang pegawai dan pakar perisikan, CIA telah menjalankan kempen bagi menyokong Ukraine di mana kempen tersebut berpusat di Poland.

Sokongan yang diberikan CIA juga termasuklah “armada kelabu” iaitu di mana pesawat-pesawat komersial digunakan bagi mengangkut senjata dan lain-lain keperluan melalui kawasan timur dan tengah Eropah.

Selain itu, ejen-ejen CIA juga dihantar ke Ukraine bagi menjalankan misi-misi rahsia dalam membantu operasi ketenteraan Ukraine bagi mengoperasikan senjata-senjata dan sistem-sistem baharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: