Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban
ANTAKYA, 21 Februari 2023 – Tiga orang maut dan lebih 680 orang cedera dalam siri gempa bumi terbaharu yang berlaku di selatan Turkiye pada Isnin lalu.
Mereka yang terbunuh ditemui di Antakya, Defne, dan Samandagi, manakala 213 orang lagi cedera kata Menteri Dalam Negeri Süleyman Soylu.
#CANLI İçişleri Bakanı @suleymansoylu: Bu depremden sonra biri Antakya, biri Defne ve birisi de Samandağ ilçesinde olmak üzere 3 vatandaşımız hayatını kaybetti, 213 yaralımız var. Antakya’da fayın bir bölümünün daha kırıldığının değerlendirilmesi var https://t.co/cW4doazYTi pic.twitter.com/WYRyEevIuo
— Akşam Gazetesi (@Aksam) February 20, 2023
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud dan gempa kedua berukuran 5.8 magnitud pada Skala Ritcher yang melanda wilayah Hatay di selatan Turkiye, turut dirasai di negara jiran Syria, Mesir dan Lubnan.
BACA JUGA: Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu
BACA JUGA: Lelaki Tayang Gari & Pistol Ditahan
BACA JUGA: Cuti Materniti Panjang Punca Perniagaan Cina Pilih Pekerja Lelaki
Another #video showing the moment of the #earthquake that occurred today in #Hatay, #Turkey, recorded by the front #camera of a #car in the city of #Antakya. #TurkeyEarthquake pic.twitter.com/XBXcpS8v9g
— Turkey Türkiye (@HispanatoliaEN) February 20, 2023
“Ia berpusat berhampiran bandar Antakya di selatan Turkiye dan dirasai di Syria, Mesir dan Lubnan,” kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) dalam satu kenyataan.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (Afad), gegaran itu berlaku pada 20:04 waktu tempatan (17:04 GMT) dan diikuti berpuluh-puluh gegaran susulan.
“Selepas gempa bumi, terdapat 32 gempa susulan, yang terbesar ialah 5.8.”
Hatay ili Defne ilçesinde saat 20.04’te 6.4 büyüklüğünde bir deprem meydana gelmiştir.
Deprem sonrası, en büyüğü 5,8 olmak üzere, 32 artçı deprem yaşanmıştır.
Deprem nedeniyle üç vatandaşımız hayatını kaybetmiş, 213 vatandaşımız çevredeki hastanelere nakledilmiştir.
— AFAD (@AFADBaskanlik) February 20, 2023
Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata 470 orang yang cedera telah dihantar ke hospital selepas gempa itu.
Beberapa struktur bangunan yang terselamat dalam kejadian gempa dua minggu lalu kini telah runtuh.
Orang ramai juga dilaporkan berada dalam keadaan panik, sehingga ada yang lari meninggalkan rumah mereka dengan membawa selimut untuk berlindung.
Turkey just got hit by another 6.4 magnitude earthquake. May Allah have mercy on us pic.twitter.com/Gup7zbwUVr
— Allah Islam Quran (@AllahGreatQuran) February 20, 2023