Antarabangsa

Gempa Bumi Turkiye-Syria: 20 Banduan Berjaya Lolos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AZAZ, 07 Februari 2023 – Gempa bumi yang menggegar tenggara Turkiye sempadan Syria Isnin lalu menyebabkan seramai 20 banduan yang memberontak di barat laut Syria lolos dari penjara.

Menurut laporan, penjara polis tentera di bandar Rajo yang berhampiran sempadan Turkiye menahan kira-kira 2,000 banduan dengan kira-kira 1,300 daripada mereka disyaki pejuang negara Islam (IS).

“Selepas gempa bumi melanda, penjara di Rajo terjejas dan banduan mula memberontak dan mengawal bahagian penjara.”

BACA JUGA: Istana Berusia Lebih 2,200 Tahun Musnah Dalam Gempa Bumi Turkiye-Syria

BACA JUGA: Saudi Perluas Tanah Perkuburan Bukan Islam

BACA JUGA: Wakil DAP Mahu Kerajaan Mansuhkan AUKU

“Kira-kira 20 banduan melarikan diri… yang dipercayai militan IS,” kata pegawai di penjara Rajo yang dikawal oleh puak pro-Turkiye.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada Isnin baru-baru ini dan diikuti oleh berpuluh-puluh gegaran susulan menyebabkan kerosakan pada penjara dengan dinding dan pintu retak.

Dalam pada itu, Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada banduan berkenaan melarikan diri, tetapi mengesahkan terdapat pemberontakan.

Terkini, mangsa terkorban di Turkiye telah mencecah 3,381 orang korban, manakala di Syria seramai 1,444 mangsa korban, membawa jumlah seramai 4,825 korban.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker