Tempatan

Cuti Materniti Panjang Punca Perniagaan Cina Pilih Pekerja Lelaki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Kebanyakan majikan Cina lebih memilih untuk menggaji pekerja lelaki berbanding perempuan kerana cuti bersalin wanita lebih lama, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Cina Bersekutu (ACCCIM).

“Kami mendapati bahawa responden telah memilih lelaki daripada perempuan dalam pekerjaan mereka (41.3 peratus) untuk mengurangkan kesan cuti bersalin yang lebih lama,” kata kumpulan itu.

BACA JUGA: Kerajaan Bakal Bincang Isu Pampasan Untuk Penternak Babi Terkesan Wabak ASF

ACCCIM berkata tinjauannya menunjukkan kenaikan cuti bersalin menjadi kebimbangan utama pemilik perniagaan China dalam Tinjauan Keadaan Perniagaan dan Ekonomi yang mengukur sentimen tentang kesan pindaan Akta Pekerjaan 2022 terhadap kos operasi.

Kebimbangan itu mengatasi kebimbangan majikan mengenai kesan ke atas kos, dengan 44.9 peratus responden menganggapnya sebagai faktor terbesar berbanding perubahan lain dalam pindaan Akta berkenaan.

BACA JUGA: Pembantu MP ‘Dihalau’ Keluar, Pakai Skirt Pendek Terbelah Ke Parlimen

Pembayaran lebih masa pula menduduki tempat kedua dengan 42.9 peratus responden menyatakan bahawa polisi itu akan memberi kesan terbesar kepada kos operasi mereka.

Kira-kira satu pertiga daripada responden merasakan perlindungan lanjutan Akta kepada lebih ramai pekerja akan memberi kesan tertinggi kepada kos.

BACA JUGA: Sakit Mental Di Kalangan Remaja & Kanak-kanak Perlu Lebih Perhatian

Tinjauan yang dijalankan bermula dari Julai hingga Disember 2022, telah disertai oleh ahli-ahli 17 Dewan Konstituen secara langsung dan tidak langsung di seluruh negara serta 25 Ahli Bersekutu, yang terdiri daripada syarikat, individu dan Persatuan Perdagangan etnik Cina.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: