Antarabangsa

Gempa Turki, ‘Luar Biasa’ Perlu Dikaji-Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKI, 13 Februari 2023 – Dua kejadian gempa bumi yang berlaku di selatan Turki dan negara jirannya Syria yang telah mengorbankan lebih daripada 28,000 nyawa itu disifatkan sebagai “luar biasa oleh pakar-pakar di dalam bidang tersebut.

Mereka juga membuat penekanan berkenaan keperluan untuk melakukan lebih banyak kajian berkenaan dapatan data terkini bagi gegaran yang kuat itu.

Dua gempa bumi yang masing-masing bermagnitud 7.6 dan 7.7 yang berpusat di daerah Kahramanmaras telah memberi kesan terhadap 13 juta orang di 10 daerah termasuklah Hatay, Gaziantep, Adana, Adiyman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Seorang profesor dalam kejuruteraan gempa bumi di University Collage London, Tiziana Rossetto menyatakan bahawa daerah Kahramanmaras memang diketahui sebagai titik pusat bagi gempa bumi berikutan kawasan tersebut sangat seisemik.

Beliau turut mengatakan bahawa gempa kedua itu adalah cetusan daripada gempa bumi kedua namun pada sesar yang berbeza, iaitu pada sesar Timur Anatolia.

Beliau juga menyatakan bahawa perkara yang berlaku itu adalah bukan suatu perkara kebiasaan dan ianya pasti bukanlah sesuatu yang difikirkan selama ini mengenai aturan seisemik.

Profesor tersebut turut membuat perbandingan kejadian gempa bumi di Turki itu dengan sebuah lagi kejaduan yang berlaku pada tahun 1994 di San Andreas, di mana menurutnya walaupun gempa bumi yang bermagnitud 6.7 itu telah menyebabkan kemusnahan infrastruktur yang dahsyat, namun kadar tenaga yang dikeluarkan adalah jauh lebih rendah daripada kadar tenaga pada gempa bumi pertama di Turki baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: