Antarabangsa

Istana Berusia Lebih 2,200 Tahun Musnah Dalam Gempa Bumi Turkiye-Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 07 Februari 2023 – Sebuah istana purba, Istana Gaziantep Turki yang berusia 2,200 tahun terletak di tengah-tengah bandar Gaziantep, telah rosak teruk akibat gempa bumi kuat pada pagi Isnin lalu.

Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria berukuran 7.8 magnitud tersebut menggegarkan selatan negara sehingga mengorbankan sekurang-kurang 2,318 mangsa.

BACA JUGA: Augustus 382BC Dapatkan Besi Kedah Untuk Bina Jalan Di Eropah

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: Ribuan Maut, Tiada Laporan Babitkan Warga Malaysia

BACA JUGA: Tambak Laut, Bina Pelabuhan, Jejas Pendapatan Nelayan

“Beberapa benteng di bahagian timur, selatan dan tenggara Istana Gaziantep yang bersejarah di daerah Şahinbey tengah musnah akibat gempa bumi, serpihan bertaburan di jalan raya,” lapor agensi berita kerajaan Turkiye Anadolu.

“Pagar besi di sekeliling istana bertaburan di kaki lima di sekelilingnya. Tembok penahan di sebelah istana juga runtuh. Di beberapa benteng, keretakan besar dapat dilihat,” kata laporan itu.

Menurut penggalian arkeologi, istana ini mula dibina sebagai menara pengawas pada zaman Rom pada abad kedua dan ketiga C.E. dan kini berfungsi sebagai Muzium Panoramik Pertahanan dan Kepahlawanan Gaziantep.

Selain Istana Gaziantep, Masjid Şirvani yang dibina pada abad ke-17 turut terkena tempias gempa itu, yang mana telah meruntuh kan sebahagian kubah dan dinding timur masjid bersejarah itu.

Setakat ini, terdapat lebih 18 gegaran susulan yang direkodkan berukuran 4 atau lebih tinggi pada skala Richter sejak gegaran awal, antara yang paling kuat melanda Turkiye dalam satu abad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker