PBB Mengaku Gagal Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Syria
ISNIN, 13 Februari 2023 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengaku bahawa mereka telah gagal menghantar bantuan yang sangat diperlukan di Syria, sewaktu mana jumlah kematian berikutan kejadian gempa bumi pada minggu lalu semakin meningkat.
Rombongan yang membawa barangan keperluan untuk dihantar ke sekitar barat laut Syria telah riba melalui jalan Turki, namun ketua bantuan agensi Martin Griffiths mengatakan bahawa banyak lagi yang diperlukan bagi jutaan rakyat yang mana telah hilang tempat tinggal.
Penghantaran barangan keperluan adalah sangat perlahan untuk sampai ke Syria berikutan konflik yang telah melanda negara tersebut selama bertahun-tahun yang telah mencacatkan sistem kesihatan, ditambah lagi dengan beberapa bahagian di negara tersebut yang masih berada di bawah kawalan kumpulan pemberontak.
Namun kini dikatakan sekumpulan 10 buah trak PBB yang membawa kit perlindungan, lembaran-lembaran plastik, tali, selimut, tilam dan karpet sedang melintas masuk ke kawasan barat laut Syria melalui Bab al Hawa.
Bab al Hawa adalah satu-satunya pusat bagi bantuan antarabangsa untuk sampai kepada mangsa yang berada di kawasan yang dikawal oleh pemberontak setelah mana semua laluan lain telah ditutup berikutan tekanan yang dikenakan oleh China.
Manakala ketua bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula telah bertemu Presiden Syria, Bashar al Assad pada Ahad lalu dan mengatakan bahawa pemimpin Syria itu telah menyatakan persediaannya untuk membuka lebih banyak laluan bagi tujuan penyaluran bantuan.
Assad juga telah menyatakan bahawa beliau turut bersedia untuk membuat kerjasama yang lebih berkesan dengan agensi PBB bagi menambahbaik kekurangan dalam keperluan dan ubat-ubatan.