Tempatan

Jalan Sekitar Teluk Intan Ditutup Sempena Upacara Agama Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HILIR PERAK, 03 Mei 2023 – Jalan sekitar bandar Telur Intan akan ditutup pada 05 Mei 2023 sehingga 06 Mei 2023 sempena upacara keagamaan Hindu, Chitrapournami.

Menurut siaran media Polis Diraja Malaysia (PDRM), jalan akan ditutup pada 05 Mei 2023 (Jumaat) pada jam 6 petang sehingga 06 Mei 2023 jam 4 pagi bagi melancarkan perarakan upacara agama berkenaan.

Senarai jalan yang ditutup secara berperingkat adalah:
1. Jalan Bandar (Pergerakan Chariot bermula dan berakhir di hadapan Kuil Nagarathaar Sri Thendayuthapani)
2. Jalan Ah Cheong
3. Jalan Selat
4. Jalan Pasar
5. Jalan Bandar
6. Jalan Wah Kheng Jooi
7. Jalan Raja
8. Jalan Sithambaram Pillay
9. Jalan Woo Saik Hong

BACA JUGA: Kecewa Bekalan Air Keruh, Penduduk Gali Telaga Baharu Di Musim Kemarau

BACA JUGA: Kontroversi Dana Sekolah Vernakular Cina, Dong Zong Mahu Kerajaan Henti Buat Makluman

BACA JUGA: Kumpulan Negara Arab Mahu Kuasa Asing Tinggalkan Bumi Syria

Sementara itu, bagi melancarkan aliran trafik dan lalu lintas semasa upacara berlangsung, beberapa jalan dan persimpangan akan dibuat lencongan dan dipasang penghadang.

Lokasi terlibat adalah:
1. Persimpangan Jalan Mahkota – Jalan Pasar
2. Persimpangan Jalan Maharani – Jalan Pasar
3. Persimpangan Jalan Maharani – Jalan Ah Cheong
4. Persimpangan Jalan Wah Kheng Jooi – Jalan Bandar
5. Persimpangan Jalan Sithambaram Pillay – Jalan Woo Saik Hong
6. Persimpangan Jalan Selat – Jalan Woo Saik Hong
7. Jalan Bandar
8. Persimpangan Lampu Isyarat TNB (Lampu isyarat ditetapkan secara amberlight)

Justeru itu, pihak PDRM menyarankan agar orang awam merancang masa perjalanan ke Teluk Intan dan sentiasa memberikan kerjasama serta patuh pada arahan lalu lintas yang diberikan oleh petugas polis pada hari dan masa kejadian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: