Tempatan

MAKLUMAN: Jalan Raja Ditutup Hari Ini Hingga Sabtu 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Jalan Raja akan ditutup sempena Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil 2022 bermula hari ini hingga Sabtu.

Penutupan jalan kepada semua kenderaan akan bermula jam 10 malam ini hingga 4 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, penutupan Jalan Raja bermula dari persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke persimpangan Jalan Raja/Jalan Leboh Pasar Besar.

“Pengguna jalan raya dari arah Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Jalan Kinabalu boleh melalui bulatan Dato Onn untuk ke Jalan Kinabalu.”

“Pengguna jalan raya dari Jalan Sultan Hishamuddin boleh melalui Jalan Leboh Pasar Besar untuk ke Jalan Tun Perak dan seterusnya ke Jalan Raja Laut,” tambahnya.

Semua pengunjung ke fiesta terbabit dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan sekitar Dataran Merdeka sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada lalu lintas.

Orang ramai juga diminta untuk mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran aliran trafik semasa program ini berlangsung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: