Tempatan

Pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat: Jalan Ditutup Sembilan Bulan Bermula Khamis Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 13 Jun 2023 – Jalan di Jalan Kunci Air 2, Hujung Permatang daerah Kuala Selangor ditutup sementara selama sembilan bulan bagi kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Menurut West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCE), pembinaan Road Over Bridge (ROB) itu akan dilaksanakan bermula Khamis ini, 15 Jun 2023 hingga 14 Mac 2024.

BACA JUGA: Gaji Rendah Faktor Pelajar Tidak Sambung Belajar

BACA JUGA: Subsidi Buat Golongan ‘Kayangan’ Tidak Munasabah Diteruskan – PM

BACA JUGA: Bimbang, Penduduk Seru Batalkan Projek Kuari Gunung Baling & Gunung Pulai

“Sehubungan dengan itu, laluan yang terlibat dalam kerja pembinaan tersebut akan ditutup sementara kepada semua kenderaan dan disarankan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bukit Belimbing dan Jalan Raja Musa,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, pengguna juga dinasihati untuk memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi tersebut sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

Sebarang aduan dan keterangan lanjut, pengguna boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus West Coast Expressway Sdn. Bhd. di talian 03-30821999 atau talian Infoline di 1700-81-6600 atau email ke [email protected].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: