Tempatan

PERINGATAN: Jalan Sekitar Kuantan Akan Ditutup 20 Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Ogos 2022 – Polis Pahang akan menutup beberapa buah jalan di sekitar Kuantan, Ubai, Pantai Sepat dan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang pada 20 Ogos ini bersempena ‘Program PDRM Pahang Fun Run & Ride’.

Acara ini diadakan bagi meraikan Hari Polis Ke-215 PDRM Kontinjen Pahang, kata Polis Pahang dalam Facebooknya.

“Terdapat beberapa jalan utama yang akan ditutup dengan kawalan oleh pihak polis semasa acara berjalan.”

“Program PDRM Pahang Fun Run & Ride sempena Hari Polis Ke-215 PDRM Kontinjen Pahang melibatkan 3 acara iaitu kayuhan basikal 60 km, larian 5 km dan larian 10 km yang akan melalui beberapa jalan utama di sekitar Kuantan, Ubai, Pantai Sepat dan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.”

Titik mula dan akhir acara-acara ini adalah dari/hingga Serambi Teruntum, namun water point untuk kesemua acara ini adalah berbeza.

Water point bagi setiap acara boleh dilihat seperti berikut:

 

Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh melalui jalan-jalan yang terlibat di dalam ‘Program PDRM Pahang Fun Run & Ride 2022’ tetapi hendaklah berhati-hati dan sentiasa mengikut arahan pihak polis yang membuat kawalan.

Penutupan jalan hanya seketika sahaja di Jalan Jambatan Tanjung Lumpur di kedua-dua arah iaitu semasa peserta ‘Fun Run & Ride’ dilepaskan pada jam 8.00 pagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: