Tempatan

PERINGATAN: Jalan Sekitar Bandaraya Ipoh Ditutup Bermula Pagi Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 27 Ogos 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh akan melaksanakan penutupan penuh dan lencongan jalan di sekitar bandaraya Ipoh bermula 27 Ogos (hari ini) pada pukul 6.30 pagi sehingga 31 Ogos 2022.

Ia adalah bagi memberi laluan kepada acara raptai dan perarakan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65 Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak.

Penutupan dan lencongan itu akan diadakan di laluan dan jalan-jalan berikut:

1. Jalan Panglima Bukit Gantang DITUTUP DAN DILENCONGKAN KE Jalan Kompleks Islam

2. Jalan St. John DITUTUP DAN DILENCONGKAN KE Jalan Panglima Bukit Gantang (Menghala ke Jalan Kuala Kangsar)

3. Jalan S.P. Seenivasagam DITUTUP

4. Jalan Sultan Yusuf DITUTUP

5. Jalan Dato Maharajalela DITUTUP

6. Jalan Dato’ Sagor DITUTUP

7. Jalan Tun Sambanthan DITUTUP DARI Persimpangan Jalan Bandar Timah

8. Jalan Market DITUTUP DARI Persimpangan Jalan Bandar Timah

9. Jalan Sultan Iskandar DITUTUP DAN DILENCONGKAN KE Jalan Bandar Timah

10. Jalan Bandar Timah KE Jalan Koo Chong Kong (Little India) DITUTUP

11. Persiaran Bijih Timah DITUTUP DAN DILENCONGKAN KE Jalan Sultan Yusuf MENGHALA KE Jalan Leong Boon Swee

12. Jalan Silang DITUTUP

13. Jalan Leong Boon Swee DITUTUP DAN DILENCONGKAN KE Jalan Lahat

14. Jalan Lahat DITUTUP DAN DILENCONGKAN KE Jalan Tan Sri Tajudin Ali (MEDAN KIDD)

15. Jalan Tun Abdul Razak KE Bulatan Bahagia DITUTUP BERMULA DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT Jalan Gurdwara/Jalan Tun Perak

16. Jalan Sultan Idris Shah DITUTUP SEHINGGA KE Kompleks Yik Foong

Sehubungan itu, pengguna-pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh adalah dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada tarikh dan masa tersebut, maklum Polis Daerah Ipoh dalam satu kenyataan media di Facebook.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: