Tempatan

Jalan Batang Kali-Genting Highlands Tutup Setahun, Pekerja, Peniaga Risau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

BATANG KALI, 25 Disember 2022 – Peniaga dan pengusaha hotel di Batang Kali resah setelah pihak berkuasa mengumumkan penutupan selama setahun jalan Batang Kali-Genting Highlands berikutan tanah runtuh yang membawa maut minggu lalu.

Menurut pengurus sebuah hotel di Batang Kali, Riduan Adnan berkata, pekan itu merupakan tempat transit popular bagi mereka yang ingin bercuti ke Genting Highlands, tetapi dengan bajet terhad.

“Ramai memilih untuk singgah dan tinggal di sini kerana jaraknya yang dekat dengan Genting Highlands iaitu kira-kira setengah jam perjalanan. Harga makanan juga lebih murah,” katanya yang menetap di Batang Kali sejak 2012.

Selain itu, Batang Kali juga disifatkan oleh penduduk sebagai “pekan RnR” kerana ia berfungsi sebagai tempat transit bagi pengembara ke negeri-negeri utara atau ke Terengganu dan Kelantan.

Batang Kali mempunyai kemudahan termasuk stesen minyak, bank, hotel bajet, kedai makanan segera dan restoran yang menawarkan hidangan tempatan mampu milik.

Yasin, pemilik restoran di kawasan Batang Kali juga melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan kesan penutupan jalan yang panjang itu.

Beliau berharap Kerajaan akan membawa jalan penyelesaian untuk membantu perniagaan mengatasi kerugian mereka.

Bagi pekerja di Genting Highlands pula, mereka mengharapkan ada kelonggaran yang diberikan untuk mereka yang bekerja di pusat peranginan itu.

“Buka jalan untuk kakitangan Genting sahaja,” katanya. “Suruh majikan tulis surat dan polis buat pos pemeriksaan di simpang Batang Kali. Lakukan seperti semasa PKP.”

Jalan alternatif ke Genting Highlands, sepanjang 90km, mengambil masa 90 minit perjalanan berbanding kira-kira 30 minit sebelum ini.

Selasa lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata jalan Batang Kali-Genting Highlands akan ditutup selama setahun untuk kerja-kerja pemulihan cerun.

Oleh itu, penumpang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Batang Kali-Ulu Yam sehingga ke Jalan Ulu Yam-Batu Caves atau melalui laluan utama Kuala Lumpur-Ipoh.

Namun begitu, Kementerian Kerja Raya memaklumkan laluan tersebut dijangka akan dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: