PERHATIAN: Lebuhraya KL-Karak Ditutup Buat Sementara
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Sebahagian Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup di kedua-dua arah akibat tanah mendap (sinkhole), maklum ANIH Berhad.
Berikutan itu, semua pengguna yang ingin ke Kuala Lumpur dari Kuantan, diarahkan keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat. Manakala, pengguna dari Kuala Lumpur yang ingin ke Kuantan akan dilencongkan ke persimpangan Central Spine Road (CSR).
BACA JUGA: Label Gelombang Hijau Untuk Takutkan Pengundi Cina – Azmin
BACA JUGA: Tanah Kubur, Sumber Air Bersih Suku Temiar Diceroboh Pekebun Sayur
BACA JUGA: Pencemaran Sungai Kubang Tiga: Petani Terkesan, CAP Gesa Tindakan Tegas
Kenderaan yang menggunakan Central Spine Road (CSR) dari Pantai Timur boleh meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Namun begitu, pengguna dari Kuala Lumpur yang bertujuan ke Gua Musang perlu keluar di persimpangan Bentong Barat dan masuk semula melalui persimpangan CSR Bentong
Kata ANIH Berhad dalam kenyataan yang dikeluarkan, punca kejadian tanah mendap (sinkhole) berhampiran Plaza Tol Bentong di KM 66.1 itu masih disiasat.
Sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini. Maklumat terkini juga boleh didapati dari YouTube @ANIH TV atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700-818-700.