Tempatan

Tanah Kubur, Sumber Air Bersih Suku Temiar Diceroboh Pekebun Sayur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUA MUSANG, 26 Julai 2023 – Kira-kira 500 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Mendrod dan Kampung Jelgek B di Pos Brooke berdepan ancaman kehilangan tanah kubur adat dan sumber air tandak.

Ia berikutan pembukaan kebun sayur oleh syarikat swasta di sekitar kampung dan tanah kebun milik mereka.

BACA JUGA: Pekeliling Maybank ‘Polisi Tidak Jelas PM’ Sahih – Portal

BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan

BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

Susulan itu, penduduk setempat bertindak membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang setelah mendapati berlaku pencerobohan di kawasan air tandak penduduk, Sabtu lalu.

“Sebelum ini penduduk berunding dan membuat perbincangan dengan beberapa pihak termasuk syarikat itu supaya tidak melakukan aktiviti perladangan di kawasan bersempadan kampung.”

“Kami pernah mengadu masalah ini kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) namun semuanya sia-sia apabila kerajaan Negeri dipercayai memberi kelulusan kepada syarikat swasta untuk melakukan aktiviti perladangan,” kata Rama Ajom, 44.

Ramli Ajom, 34, berkata, mereka sedih kerana penempatan yang wujud lebih 60 tahun lalu itu semakin terancam dengan aktiviti penerokaan tanah.

“Kami berharap pihak berwajib seperti kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Alam Sekitar dan JAKOA untuk bantu Orang Asli di kawasan itu.”

“Kita harap mereka tidak merosakkan sumber air Orang Asli apabila hendak buka kebun sayur. Teliti dahulu di mana kawasan sumber air kami sebelum membuat kerja perladangan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah, berkata masalah seperti itu sering dihadapi Orang Asli di sekitar kawasan Tanah Tinggi Lojing ketika aktiviti pembukaan tanah.

Justeru, Nasir Dollah berharap pihak Kerajaan mengkaji semula projek di kawasan itu kerana penduduk Orang Asli suku kaum Temiar tiada bekalan air bersih dan hanya bergantung dengan sumber air tandak kerana sungai sudah tercemar.

Sementara itu, jurucakap JAKOA mengambil maklum laporan yang dibuat penduduk dan dalam masa terdekat pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah di kawasan Orang Asli terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: