Tempatan

Semua Sekolah Perlu Patuh Peraturan DLP – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEBERANG PERAI, 22 Jun 2024 – “Sekolah kerajaan termasuk berasrama penuh juga kena rujuk dan melaksanakannya,” tegas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika mengulas isu pengendalian Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Menurutnya, pelaksanaan DLP mesti mematuhi dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)’ tanpa mengabaikan hak pelajar untuk belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda mereka di sekolah vernakular.

“Semua dah minta kita pertegaskan, (sekolah) kena pakai dan rujuk garis panduan malah tidak ada sebarang masalah timbul setakat ini.”

“Mana-mana sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan itu, kita akan turun dan bantu sekolah tersebut untuk melaksanakannya.”

“Garis panduan ini terpakai untuk semua sekolah,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim mendakwa sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan daripada peraturan baharu DLP.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: