Tempatan

Yang Belum Vaksin Jangan Benar Pergi Sekolah – Pakar Kesihatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2022 – Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli berpendapat bahawa murid-murid yang belum menerima vaksin tidak sepatutnya dibenarkan kembali bersekolah.

“Mereka yang masih belum menerima vaksin tidak seharusnya dibenarkan kembali ke sekolah.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Tambah beliau, antara punca kes COVID-19 di luar negara adalah tinggi adalah disebabkan kebanyakan kanak-kanak belum divaksinasi.

Justeru, Dr Farhan Rusli mempersoalkan di manakah letaknya kebijaksanaan dengan membuka sekolah ketika kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun belum menerima vaksin meskipun ada prosedur operasi standard (SOP).

“Saya berpendapat di situ mungkin ada kesilapan di Kementerian Pendidikan yang boleh diperbaiki,” ujar beliau.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa kluster kesihatan telah menunjukkan penurunan sebanyak 35.8% pada Minggu Epid 5, iaitu daripada 81 kluster pada Minggu Epid 4 kepada 52 kluster pada Minggu Epid 5.

Namun, walaupun kluster pendidikan menunjukkan trend penurunan, merujuk kepada graf trend kluster mengikut Minggu Epidemiologi 2022, kluster tersebut masih menjadi kluster yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes harian COVID-19 iaitu sebanyak 58.4%.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: