Tempatan

Pengumuman Keputusan Permohonan Masuk IPTA, ILKA 28 Jun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2024 – Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada Jumaat, 28 Jun 2024.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), keputusan boleh disemak mulai jam 12 tengahari pada 28 Jun hingga jam 5 petang, 7 Julai melalui platform dalam talian dan aplikasi Mobile UPUPocket.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai dalam laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).”

Kemudian, setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh tersebut, pihak IPTA dan ILKA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada yang berjaya mulai 29 Jun.

Dalam pada itu, para calon boleh menyemak keputusan permohonan melalui pautan berikut:

https://jpt.utm.myhttps://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.myhttps://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my.kp

Tambah KPT lagi, bagi pemohon yang tidak berjaya atau menerima tawaran pengajian peringkat sijil, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik dalam tempoh 10 hari di pautan https://upu.mohe.gov.my.

Rayuan tersebut boleh dibuat mulai jam 12 tengahari pada 28 Jun hingga 5 petang, 7 Julai.

Bagi Kolej Komuniti dan ILKA pula, calon boleh terus majukan rayuan ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: