Antarabangsa

Rizab Asing Pakistan Jatuh Ke Tahap Terendah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAKISTAN, 15 Januari 2023 – Rizab asing Pakistan telah menjunam kepada $4.3 bilion, di mana ianya adalah kadar yang terendah sejak daripada Februari 2014 sebagaimana yang telah diumumkan oleh bank pusat negara tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat setelah bank pusat Pakistan selesai membuat beberapa pembayaran bagi menyelesaikan beberapa hutang-hutang luar.

BACA JUGA: Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’

BACA JUGA: IC Anak: Ibu Warga Indonesia Saman Kerajaan

BACA JUGA: TPM Umum Sabah, Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’

Bank Negara Pakistan telah mengeluarkan jumlah rizab asing itu pada Selasa lalu. Pada kenyataan yang sama, mereka turut menyatakan bahawa rizab bagi bank-bank komersial kini adalah berjumlah $5.8 bilion yang mana keseluruhannya adalah berjumlah hampir $10.1 bilion.

Berkenaan masalah yang dihadapi oleh Pakistan, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka akan menyalurkan sebanyak $1.1 bilion kepada negara tersebut.

Jumlah $1.1 bilion itu adalah sebahagian daripada keseluruhan pinjaman yang berjumlah $7 bilion yang dipersetujui untuk dipinjamkan kepada Pakistan sejak 2019.

Selain daripada pinjaman IMF, Pakistan turut meminta bantuan kewangan daripada rakan-rakan sekutu rapat bagi negara tersebut.

Pengumuman yang dibuat pada Selasa lalu itu adalah bersempena dengan lawatan Perdana Menteri Shehbaz Sharif ke Emirat Arab Bersatu, di mana negara Teluk tersebut telah bersetuju untuk menambahkan lagi jumlah pinjaman yang diberikan kepada Pakistan sebanyak $1 bilion.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: