Tempatan

Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2023 – Kolumnis, Mariam Mokhtar mendakwa Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan ‘delusional’ seperti bekas bosnya, Datuk Seri Najib Razak.

“Ketua Puteri UMNO itu ‘delusional’ seperti bekas bosnya. Kedua-duanya kelihatan hidup dalam penafian dan melibatkan diri dalam dunia media sosial dua dimensi. ”

BACA JUGA: Laporan Polis, Salah Guna Kuasa Terhadap Tommy Thomas

BACA JUGA: Dari Bini Sekolah Rendah Sampai Nak Beranak, Jalan Teluk Cempedak Tak Elok-Elok

BACA JUGA: Hospital Pendang Dibuka 15 Februari Ini

Mariam berkata, Zahida harus belajar untuk kembali kepada asas, menumpukan kepada moral, tadbir urus yang baik, kebenaran dan keadilan, dan bekerja untuk membantu rakyat daripada membantu diri mereka sendiri.

“Ucapan dasar perhimpunan agung Zahida tidak mempunyai intipati.”

Mariam mempersoalkan mengapa Zahida masih mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.

“Kenapa Zahida masih mempertahankan kleptokrat yang dihina itu?”

“Adakah dia membayangkan bahawa sembilan hakim telah ditipu untuk mendapati Najib bersalah? Adakah dia fikir bahawa tiga peringkat mahkamah (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) adalah sampingan?”

Dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, Zahida menegaskan Najib, adalah seperti pahlawan lagenda Melayu, Hang Tuah yang hanya dirindui selepas beliau tiada.

Zahida menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai mangsa semata-mata bagi melemahkan UMNO.

Katanya, cara pemikiran Zahida ditambah pula dengan kegagalannya untuk menyedari bahawa Najib seorang narsisis dan kleptokrat, adalah bukti yang cukup bahawa wanita UMNO akan selamanya ketinggalan dalam politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: