Tempatan

IC Anak: Ibu Warga Indonesia Saman Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2023 – Seorang ibu warga Indonesia telah memfailkan saman kepada pihak Kerajaan selepas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan mengeluarkan kad pengenalan kepada anak lelakinya yang berusia 13 tahun.

Menurut laporan tempatan, wanita itu berkahwin dengan rakyat Malaysia pada tahun 2000 dan mempunyai dua orang anak, di mana anak keduanya lahir pada 13 Jan 2010. Kedua-dua anak diberikan sijil kelahiran kerana bapa mereka merupakan warganegara Malaysia.

Walau bagaimanapun, semasa permohonan kad pengenalan dibuat di pejabat JPN Jalan Duta tahun lalu, pegawai enggan mengeluarkan kad pengenalan malah merampas sijil kelahiran anaknya.

Menerusi saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh peguam cara, Tetuan Srimurugan & Co, wanita itu mahu Ketua Pengarah JPN mengeluarkan kad pengenalan untuk anaknya sekali gus pihak jabatan tersebut memulangkan sijil kelahiran yang berada dalam simpanan mereka.

Afidavit ibu itu turut menyebut bahawa JPN tidak mempunyai kuasa untuk menafikan kad pengenalan anaknya.

BACA JUGA: TPM Umum Sabah, Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’

BACA JUGA: Laporan Polis, Salah Guna Kuasa Terhadap Tommy Thomas

BACA JUGA: Dari Bini Sekolah Rendah Sampai Nak Beranak, Jalan Teluk Cempedak Tak Elok-Elok

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata, JPN enggan menjawab sebarang surat-menyurat yang dihantar kepada mereka. Dia telah mengesahkan bahawa anaknya bukan warganegara negara lain, malah tidak pernah membuat sebarang permohonan ke negara asing untuk mendapatkan kewarganegaraan.

Tambahnya, mahkamah akan menentukan isu undang-undang, termasuk sama ada tindakan JPN itu tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan.

Mengulas lanjut, ibu kepada anak lelaki itu meluahkan kebimbangan sekiranya anaknya dinafikan pendidikan percuma, akses kemudahan kesihatan percuma dan pasport Malaysia untuk melancong ke luar negara apabila tidak diberikan kad pengenalan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: