Antarabangsa

Bencana Banjir Di Pakistan: IMF Salur USD1.1 Bilion

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAKISTAN, 31 Ogos 2022 – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyalurkan dana sebanyak $1.17 bilion (€1.17 bilion) kepada kerajaan Pakistan ketika negara itu sedang menghadapi peningkatan jumlah kematian dan kemusnahan meluas akibat bencana banjir yang dianggap kerajaan sebagai “malapetaka iklim.”

“Alhamdulillah Lembaga IMF telah meluluskan program pemulihan EFF kami,” kata Menteri Kewangan Pakistan Miftah Ismail.

Selain itu, Miftah Ismail memaklumkan bahawa IMF juga telah bersetuju untuk melanjutkan dana yang dikumpul oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membiayai bantuan kecemasan itu dengan tambahan $1 bilion.

Semalam, Samudera.my melaporkan hampir 500,000 penduduk Pakistan tinggal di kem selepas kehilangan tempat tinggal dalam banjir yang menyebabkan satu pertiga daripada Pakistan musnah ditenggelami air, berikutan hujan monsun yang tidak pernah berlaku seteruk ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan, banjir kali ini turut merosakkan 1 juta rumah.

Bencana banjir kali ini juga merekodkan yang terburuk sehinggakan Pakistan terpaksa merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk tampil membantu negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: