Tempatan

Ketua Pembangkang Dakwa Tok Mat Mungkir ‘Janji’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2023 – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan didakwa tidak berpegang kepada pendirian partinya iaitu “No DAP, No Anwar”, lapor sebuah berita tempatan.

BACA JUGA: Kemelut Harga Ayam-Menteri Minta Rakyat Bersabar

BACA JUGA: Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’

BACA JUGA: IC Anak: Ibu Warga Indonesia Saman Kerajaan

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, dakwaan daripada Timbalan Presiden UMNO itu yang mengatakan bahawa kerjasama dengan DAP adalah lebih baik daripada PAS disifatkan sebagai mengarut serta tidak masuk akal.

Malah, beliau turut mempersoalkan intergriti Mohamad Hasan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Selepas keputusan pilihan raya, dia berada di rumah saya pada pagi Ahad.”

“Apa yang beliau beritahu saya ialah jika Presiden UMNO mahu bekerjasama dengan DAP, beliau akan menjadi orang pertama yang menentangnya.”

“Sebab itu bila beliau kata DAP adalah lebih ikhlas daripada PAS, saya kata apa salah dengan orang ini,” kata Hamzah sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis bantuan banjir PN di Wakaf Bharu, Tumpat, Jumaat lalu.

“Jika mereka mengatakan DAP lebih baik daripada PAS, ini bermakna UMNO sudah tidak betul, mana boleh DAP lebih baik,” ulasnya lagi.

Minggu lalu, Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab kepada persoalan berhubung keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP dan PH dalam Kerajaan Perpaduan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya, UMNO dan DAP saling mengenali pendirian masing-masing serta keduanya tidak bermuka-muka dalam persahabatan yang terjalin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: