Antarabangsa

Mantan Perdana Menteri Pakistan Dakwa Penggantinya Boneka AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISLAMABAD, 14 April 2022 –Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan yang baru-baru ini dilucutkan jawatan mendakwa bahawa pelucutan jawatannya adalah agenda Amerika Syarikat (AS) yang dibantu oleh ‘orang dalam’.

Dalam sebuah ciapan di Twitter, Imran Khan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dalam melawan pertukaran kepimpinan yang beliau dakwa didalangi oleh ‘Mir Jafar’, Si Kitol versi Pakistan.

“Terima kasih rakyat Pakistan atas limpahan sokongan dan emosi untuk protes melawan rejim yang disokong AS, dibantu (pula) oleh ‘Mir Jafar’ tempatan,” ujarnya.

Bekas kapten kriket yang ‘menaiki takhta’ itu turut mendakwa penggulingan beliau akan membawa kepada pemerintahan oleh ‘penyangak’.

“(Ini) akan memberikan kuasa kepada segerombolan penyangak yang kesemuanya keluar (bebas) ‘diikat jamin’,” tambahnya lagi.

“Mir Jafar” seperti yang disebutkan oleh beliau adalah seorang komander tentera Bengal yang terkenal kerana berpaling tadah dan memihak kepada British.

Imran Khan dahulunya telah menghalang sebuah usul undi tidak percaya daripada berlangsung, namun jawatannya tetap dilucutkan susulan keputusan mahkamah yang membenarkan undi tidak percaya berlangsung.

Beliau telah menggesa penyokongnya untuk menyuarakan bantahan dan turun berdemonstrasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: