Antarabangsa

Ramadan 2 Kali Tahun 2030

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 14 April 2022 – Ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq menerusi sebuah hantaran video akaun Twitter miliknya meramalkan, pada tahun 2030, umat Islam dijangka akan menyambut bulan suci Ramadan sebanyak dua kali dalam setahun, sebagaimana dilaporkan portal berita Harian Metro.

Perkara itu berlaku disebabkan oleh fakta kalendar Hijrah Islam yang berdasarkan kitaran bulan manakala kalendar Gregory pula menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari mengikut laporan portal berita Alarabiya News.

BACA: Puasa Itu Sesuatu Yang Menyeronokkan – YouTuber Bukan Islam

BACA: Isu Hina Nabi: Uthaya, Sila Debat Dengan Dr Zakir Naik – Toqqi PPIM

BACA: Tiket Balik Kampung Naik Harga Sempena Raya

Menurut Khaled al-Zaqaq, perbezaan antara kedua-dua kalendar tersebut menunjukkan bahawa Ramadan akan jatuh sebanyak dua kali dalam tahun Gregory, kira-kira setiap 30 tahun.

“Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965. Ia berlaku lagi pada 2063.”

“Pada tahun Hijrah 1451 Hijrah, Ramadan bermula pada 5 Januari 2030 dan pada 1452 Hijrah pula jatuh pada 26 Disember 2030.”

Berdasarkan fakta tersebut, Khaled berpandangan bahawa kejadian ini akan menyaksikan umat Islam berpuasa selama 36 hari pada tahun 2030.

“Bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.”

“Tahun Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregory sebanyak 365 hari.”

“Ini bermakna Ramadan jatuh dalam musim berbeza setiap tahun dan berjalan dalam kitaran 32 tahun.”

Dalam pada itu, beliau turut meramal dan berpandangan di mana Ramadan 1449 Hijrah yang bermula pada tahun 2028 akan berlangsung pada pertengahan musim sejuk manakala, pada 1466 Hijrah, bersamaan dengan tahun 2044 pula akan berlaku sewaktu kemuncak musim panas.

“Puasa Ramadan diperhatikan dari matahari terbit hingga terbenam bermakna tempoh paling lama berpuasa berlaku apabila Ramadan pada musim panas dan paling pendek apabila ia jatuh pada musim sejuk,” kata beliau sekaligus menutup kenyataan media yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: