Tempatan

B40 Perit Subsidi Ayam, Telur Dimansuhkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2023 – Pemansuhan subsidi ayam dan telur akan menyebabkan ketidakstabilan harga makanan seterusnya memeritkan golongan B40.

Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Nor Azah Abdul Aziz menyelar tindakan Kerajaan yang menarik balik subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

BACA JUGA: Retorik Jatuhkan Kerajaan, Hadi Awang, Shahidan Kassim Disiasat Akta Hasutan

BACA JUGA: Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi

“Selepas ini, subsidi apa lagi yang mahu dihapuskan, jika tidak sasaran seterusnya minyak paket bersubsidi atau tepung?” soalnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, majoriti rakyat di negara ini masih dalam keperitan menghadapi krisis kenaikan harga barang di samping matawang ringgit yang lemah.

Oleh itu, Azah mencadangkan Kerajaan Perpaduan membentangkan bajet tambahan mengenai pemberian bantuan bagi meringankan beban rakyat dan memfokuskan pendapatan boleh belanja bersih individu dan bukan isi rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: