Tempatan

4 Ahli Parlimen Sabah ‘Keluar’ BERSATU Ditentukan Speaker Dalam 20 Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Status 4 orang Ahli Parlimen negeri Sabah yang dilaporkan ke Dewan Rakyat telah keluar dari parti BERSATU masih kekal dan kerusi mereka belum dikosongkan sehingga kini.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada hari semalam.

Johari Abdul mengatakan bahawa beliau telah menerima notis pemakluman daripada parti BERSATU pada 27 Disember lalu berkenaan pengesahan bahawa empat Ahli Parlimen berkenaan telah terkeluar dari parti itu.

Beliau turut menyatakan bahawa kedudukan empat orang Ahli Parlimen tersebut akan diumumkan setelah tempoh 21 hari, di mana ianya adalah bersesuaian dengan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Empat Ahli Parlimen dari negeri Sabah yang telah terkeluar dari parti BERSATU tersebut adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Matbali Musah (Sipitang), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) serta Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi).

Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee telah menyatakan bahawa tindakan empat orang Ahli Parlimen tersebut yang telah berada di blok Kerajaan dan tidak menyokong parti BERSATU itu adalah sesuatu yang beralih sokongan dan ianya telah melanggar janji pilihan raya kepada para pengundi.

Menurutnya lagi, keahlian keempat-empat Ahli Parlimen tersebut sebagai anggota parti BERSATU telah gugur jika mengikut perlembagaan parti dan perkara ini telah dimaklumkan menerusi surat yang bertarikh 21 Disember lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: