Politik

Pertembungan ‘Ansar’, ‘Muhajirin’ & ‘Kartel’ Dalam BERSATU Untuk TPM?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2021 – Sumber dalaman BERSATU mendedahkan, pada ketika ini ada 3 pihak di dalam parti BERSATU sedang mengintai kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM).

Menurut sumber, jawatan Timbalan Perdana Menteri tersebut telah dikhususkan untuk diisi oleh calon Ahli Parlimen dari BERSATU.

Walau bagaimanapun, kedudukan yang ditentukan ini telah menyebabkan beberapa kem di dalam BERSATU mahu calon pilihan mereka dipilih untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jelas sumber lagi, kem-kem ini dikenali di dalam BERSATU dengan nama Team Ansar yang mewakili golongan ahli asal BERSATU sejak awal. Team Muhajirin yang mewakili golongan Ahli Parlimen dan ahli yang berpindah masuk ke dalam BERSATU selepas 2018 dari parti lain dan Team Kartel yang dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR yang berpindah ke BERSATU selepas Langkah Sheraton.

Setiap pasukan menamakan calon-calon pilihan mereka untuk diangkat dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sumber menyatakan sebahagian Team Ansar menamakan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai calon pilihan mereka. Team Muhajirin menamakan Dato Seri Hamzah Zainudin dan Team Kartel menamakan Dato’ Seri Azmin Ali.

Faizal Azumu yang merupakan bekas Menteri Besar Perak dipromosikan oleh kumpulan penyokongnya sebagai layak untuk dilantik berdasarkan kedudukan jawatannya di dalam BERSATU iaitu sebagai Timbalan Pengerusi BERSATU.

Azmin Ali, walaupun dilanda pelbagai kontroversi tetap dilihat oleh penyokongnya sebagai individu yang layak dan berkebolehan untuk diangkat sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Dato’ Seri Hamzah Zainudin mempunyai sokongan yang agak kuat bukan hanya dari kalangan ahli BERSATU, tetapi juga dari luar parti.

Tetapi, sumber menyatakan bahawa sesiapa pun calon yang dilantik, beliau bukan hanya memerlukan sokongan dari ahli parti sendiri tetapi mestilah mendapat kepercayaan dan sokongan dari parti-parti komponen kerajaan yang lain seperti UMNO, PAS, GPS dan lain-lain komponen.

“Selain dari perkara tersebut, calon juga dikatakan mesti mendapat sokongan rakyat dan tidak mempunyai sebarang baggage berat yang akan mengaibatkan berlaku respons negatif rakyat.”

Media sosial, menurut perhatian, sedang dilambakkan dengan pelbagai bahan propaganda hasil pertembungan pelbagai kem politik tidak kira dari pembangkang atau di dalam komponen-komponen kerajaan.

Esok, difahamkan Dato’ Seri Ismail Sabri akan mengumumkan barisan kabinet kerajaan baharu ini.

Harapan rakyat, segala bentuk permainan politik dapat dikendurkan supaya fokus negara dapat dilaraskan kepada landasan tepat untuk mengeluarkan negara dari cabaran Covid-19 dan tekanan ekonomi ke atas rakyat dan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker