Tempatan

Pakar Tidak Setuju JAKIM Kaji Semula Kaedah Hisab Imkanur Rukyah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 April 2023 – Tiada keperluan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji semula kaedah hisab imkanur rukyah agar sejajar dengan Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

UAE sambut Aidilfitri 22 April depan jika ikut kriteria Malaysia

Pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed berkata, penetapan tarikh awal bulan Hijrah di setiap negara adalah berbeza-beza kerana konsep matla’ atau tempat terbit anak bulan yang amat berlainan di seluruh dunia.

BACA JUGA: Gempa Bumi Tidak Boleh Diramal

BACA JUGA: Limbungan Kapal Bernilai Lebih RM2 Bilion Bakal Dibina Di Melaka

BACA JUGA: MUDA Wilayah Persekutuan Tuntut Datuk Bandar Dipilih, Bukan Dilantik

“Tiada matla’ universal atau bersifat seragam antarabangsa dan ia menjadi punca tarikh Aidilfitri juga tidak sama.”

“Kita cuma boleh terima pakai hasil cerapan hilal dengan matla’ di negara kita dan bukan hasil keputusan rukyah di negara lain apatah lagi yang nun jauh di tanah Arab,” katanya.

Terdahulu, tular laporan dari IAC kononnya Hari Raya Puasa kali ini disambut pada 21 April dan bukannya 22 April.

Azhari yang juga bekas panel pakar falak rujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pandangan IAC juga bukanlah pendirian sebenar kerajaan UAE.

“Malah, saya jangka UAE pun beraya pada 22 April nanti kerana syarat kenampakan hilal Syawal tidak dipenuhi berdasarkan kriteria imkanur rukyah diamalkan Malaysia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: