‘Kemarau Kilat’ Semakin Kerap – Kajian
WASHINGTON, 16 April 2023 — Kemarau kilat iaitu musim kering yang berlaku dengan pantas dan membawa kemusnahan dalam masa pendek telah berlaku dengan lebih kerap.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science pada Khamis lalu, bencana itu didorong oleh aktiviti manusia yang sering menyebabkan peningkatan suhu di bumi.
BACA JUGA: Gempa Bumi Tidak Boleh Diramal
BACA JUGA: Limbungan Kapal Bernilai Lebih RM2 Bilion Bakal Dibina Di Melaka
BACA JUGA: MUDA Wilayah Persekutuan Tuntut Datuk Bandar Dipilih, Bukan Dilantik
“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa kemarau juga kerap berlaku pada skala masa sub musim di seluruh dunia dan boleh berkembang menjadi kemarau teruk dalam beberapa minggu.”
“Kemarau yang berlaku dengan cepat ini dipanggil ‘kemarau kilat’ berbeza dengan kemarau konvensional yang berkembang dengan perlahan.”
Dapatan kajian juga menunjukkan kemarau kilat meningkat dengan lebih cepat terutamanya di Eropah, Asia Utara dan Timur, Sahel dan pantai barat Amerika Selatan.
Xing Yuan, salah seorang penyelidik kajian itu memberi amaran bahawa manusia mempunyai masa yang suntuk untuk menyesuaikan diri dalam keadaan kemarau kilat, malah fenomena ini boleh mencetuskan kejadian ekstrem seperti gelombang haba dan kebakaran hutan.
“Kemarau kilat berlaku dengan permulaan yang sangat cepat, dengan banyak lokasi berubah daripada keadaan bebas kemarau kepada keadaan kemarau yang melampau dalam masa sebulan.”