Tempatan

30 Barang Disenarai Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Sebanyak 30 jenis barangan dikenal pasti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 30 jenis barangan yang akan dikawal di bawah skim ini adalah termasuk 6 jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022.

BACA JUGA: Masjid Jemput Bukan Islam Bagi ‘Ceramah’

BACA JUGA: Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum, Ditemui Maut

BACA JUGA: Hina Raja, ‘Raja Hairun’ Dicekup

Tambahnya, selain itu, barangan lain yang dikawal di bawah SHMMP 2023 adalah daging lembu tempatan kecuali daging Batang Pinang, daging lembu import, daging kerbau import dari India, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol, ikan Demudok.

Selain itu, ia termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering kerinting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.

Maklumat lanjut megenai senarai barangan harga di bawah SHMMP 2023 boleh diketahui di Facebook KPDN Laman Rasmi.

Manakala harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Hari Raya Puasa 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui website KPDN di https://www.kpdn.gov.my/.

Dalam pada itu, Datuk Seri Salahuddin menegaskan, jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian melalui:

(i) Whatsapp ke 019-279 4317/019-848 8000
(ii) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my
(iii) Pusat Panggilan 1800 886 800
(iv) E-mel [email protected]
(v) Aplikasi telefon pintar Ez ADU
(vi) Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) 03-8882 6245/6088

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” kata beliau.

Skim ini berkuat kuasa dari 15 April hingga 30 April 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: