Tempatan

Tol RAHMAH Percuma Selama 4 Hari Pada 19, 20, 21 & 24 April Ini – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian pembayaran tol selama empat hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut beliau dalam satu sidang media hari ini, pelaksanaan tol RAHMAH percuma tersebut akan bermula pada 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan 24 April 2023 (Isnin) ini.

“Pelaksanaan tol RAHMAH percuma akan melibatkan 33 lebuhraya bagi semua kelas kenderaan.”

“Ikhtiar ini akan dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya.

BACA JUGA: Bekalan Air Capai Paras Maksimum, Rakyat Diminta Simpan Air Raya Ini

BACA JUGA: Peringatan: Teruskan Guna Laluan Alternatif Batang Kali-Genting Highlands – Izham Hashim

BACA JUGA: Op Lancar Jalan Persekutuan Ipoh-KL: Polis Tidak Teragak-Agak Keluar Saman

Dalam kenyataan media yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

“Sekiranya tarikh satu Syawal jatuh pada hari Jumaat, 21 April, maka Kerajaan akan menetapkan hari Isnin, 24 April sebagai hari kelepasan am berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.”

“Walau bagaimanapun, andai kata tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu, 22 April, yang kini merupakan kemungkinan besar, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan,” jelasnya.

Bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak, beliau berkata Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am bagi tarikh tersebut mengikut Ordinan hari kelepasan am masing-masing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: