Antarabangsa

Pakar Ekonomi ‘Kayangan’ Tentukan Nasib Golongan Miskin – Pakar Ekonomi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 Mei 2022 – Anna Stansbury, seorang pakar ekonomi dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), menyatakan bahawa ‘peserta’ dalam perbincangan isu-isu ekonomi kebanyakannya terdiri daripada golongan keluarga yang kaya.

Tegasnya, hal ini menyebabkan perbincangan tentang dasar-dasar dan hala tuju ekonomi kurang mendapatkan pandangan dan input daripada golongan berpendapatan rendah.

Jelasnya, selain daripada ahli ekonomi wanita, dunia ekonomi juga ‘menyisihkan’ golongan kurang berpendapatan daripada perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara.

Ulasnya lanjut, pendidikan ekonomi peringkat ijazah adalah sedikit terbuka, namun, apabila kajian dilakukan terhadap pelajar-pelajar yang meneruskan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi, dapat dilihat pelajar tertumpu daripada keluarga yang ‘bertuah’.

“Ia (sesuatu yang) sedia maklum bahawa dunia ekonomi ada masalah (diskriminasi) terhadap jantina dan bangsa.”

“…(tetapi) apa yang kami dapati adalah bidang ekonomi adalah bidang yang paling kurang kepelbagaian sosioekonomi,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kajian beliau mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mampu meneruskan pembelajaran dalam bidang ekonomi lahir daripada ibu bapa yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi.

Hal ini menimbulkan kerisauan tentang hala tuju ekonomi negara yang mungkin akan ‘menyisihkan’ golongan kurang bertuah, kerana mereka yang membina dasar ekonomi negara terdiri daripada golongan-golongan berpendapatan dan bependidikan tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: