Antarabangsa

China Dilabel Cabaran Utama Pelan Orde Antarabangsa AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 Oktober 2022 – Pelan Strategik Keselamatan Amerika Syarikat (AS) di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden telah meletakkan China sebagai cabaran utama agenda geopolitik AS.

Menurut sebuah laporan, dokumen rasmi tersebut yang dibentangkan kepada kongres AS mengandungi pelan strategik AS, termasuklah untuk ‘menangani’ Rusia dan China sebagai pesaing utama pengaruh AS.

“Rusia merupakan ancaman terus kepada sistem antarabangsa yang bebas dan terbuka, dengan melulu tidak mempedulikan undang-undang asas orde antarabangsa kini,” tegas Biden.

Dalam kenyataannya, Biden turut menyuarakan hasrat untuk meletakkan AS sebagai ‘jaguh’ yang bakal menentukan hala tuju dunia, termasuk dalam isu “persempadanan antarabangsa”.

“Di seluruh dunia, kepimpinan Amerika diperlukan. Kita di tengah-tengah persaingan strategik untuk membentuk masa depan sempadan Antarabangsa,” ujar beliau.

“Dalam keadaan dunia terus menelusuri kesan pandemik dan ekonomi global yang tidak menentu, tiada negara yang lebih sesuai untuk memimpin dengan kekuatan dan hala tuju berbanding AS,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: