Tempatan

Rakyat India Lebih Cukup Makan Banding Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2022 – Hanya 29 peratus rakyat Malaysia mengaku hidup selesa dalam keadaan ekonomi sekarang berbanding 53 peratus rakyat India, menurut tinjauan melalui Ipsos Global Inflation Monitor.

45 peratus rakyat Malaysia mengakui sekadar cukup makan sahaja dalam keadaan tekanan inflasi dan masalah ekonomi global ini.

Pengarah Bersekutu Ipsos Public Affairs, Lars Erik Lie berkata, “Kenaikan kadar faedah yang dijangka akan berlaku memberi kesan kepada empat daripada 10 orang rakyat Malaysia dalam bentuk pendapatan boleh guna yang lebih rendah dalam masa terdekat, menyebabkan penurunan taraf hidup mereka.”

“Penurunan mendadak dalam tahap keselesaan rakyat Malaysia ketika melakukan pembelian isi rumah dan pembelian lebih besar menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menilai semula keutamaan dalam perbelanjaan jangka pendek.”

Tekanan kewangan masakini menyebabkan trend pembelian dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menurun sejak 2 bulan yang lalu. Pada bulan Jun, sekadar 32 peratus responden berbanding 40 peratus pada bulan Mei lalu bersetuju bahawa mereka selesa membuat pembelian barangan mahal seperti kereta dan rumah.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perbelanjaan untuk bersosial dan bercuti adalah antara perkara pertama yang dipotong apabila belanjawan isi rumah mula dibuat dengan lebih berhati-hati.”

“Ia diikuti penangguhan pembelian-pembelian besar dan pengurangan perbelanjaan isi rumah, sebelum perbelanjaan untuk makanan dikurangkan atau simpanan digunakan,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: