Tempatan

Gaji Rendah Faktor Pelajar Tidak Sambung Belajar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Gaji rendah dan tidak berbaloi mempengaruhi sebilangan besar pemikiran remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tidak menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata lepasan pengajian tinggi majoritinya ditawarkan gaji bawah RM2,000 berbanding gaji individu yang bekerja sebagai penjual penapis air sebanyak RM5,000 sebulan dengan hanya perlu menjual 10 unit penapis air.

Mengulas lanjut, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, kerajaan perlu bertindak segera untuk mencengkam fenomena tidak sihat ini, jika tidak negara akan kerugian tenaga pakar dan mahir untuk membangunkan negara.

BACA JUGA: KKM Pertimbang Semula Caj RM1 Di Klinik Kerajaan

BACA JUGA: Stadium Shah Alam Akan Diroboh Oktober Ini

BACA JUGA: Dijangka Sehingga September, Orang Ramai Dinasihat Bersiap-Siaga Hadapi El Nino

“Mereka berasa tidak berbaloi untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti kerana akhirnya gaji yang ditawarkan tidak begitu ketara perbezaannya dengan taraf SPM.”

“Tambahan pula, masih ramai anak muda yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi namun hanya bekerja setaraf lepasan SPM menyebabkan pemikiran mereka untuk mendapat peluang pekerjaan dalam bidang yang diceburi adalah sukar,” katanya.

Tegasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengumpul data pelajar yang tidak menyambung pelajaran ini dan melakukan apa-apa plan tindakan jangka masa panjang.

Data menunjukkan sejumlah 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 dan mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Berdasar analisis Kementerian Pendidikan (KPM), calon yang tidak hadir peperiksaan tahun lalu bertambah berbanding calon SPM 2021 yang merekodkan 10,681 atau 2.7 peratus calon tidak hadir daripada keseluruhan 392,837 calon berdaftar.

Sementara itu, laporan Kebolehpasaran Graduan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2020 menunjukkan gaji permulaan siswazah baru di bawah RM2,000 adalah sebanyak 53.6 peratus, manakala gaji antara RM 2,001 hingga RM 3,000 (31.8 peratus) dan bagi gaji RM3,000 ke atas hanya 14.6 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: