Tempatan

“KL Ranking Ke-4 Dunia Paling Teruk Dan Terlebih Lama Bekerja”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Februari 2022 -“KL sudah berada di tangga keempat untuk bandar paling teruk bekerja, di tempat pertama untuk yang paling lama bekerja dan paling lama berulang-alik.”

“Kerja lebih masa, duduk atas jalan pun lama. Purchasing Power Parity per capita jauh rendah. Sakit belakang, sakit mental, dompet tetap tak tebal,” ini antara luahan rakyat mengenai beban yang ditanggung sebagai pekerja dan rakyat di Malaysia.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Luahan ini bermula selepas tular satu ciapan yang mendakwa, orang yang bekerja lebih masa akan lebih berjaya.

Apa yang lebih mengejutkan, berdasarkan ranking, Kuala Lumpur mengatasi bandaraya Tokyo, yang terkenal dengan budaya kerja melebihi masa dan pekerja yang pulang tepat pada waktunya dianggap sebagai tidak produktif bahkan pemalas.

“Macam mana kl mengatasi tokyo. Bukan japan lagi gila kerja ke,” kata @REALfatinzz.

“Shiet aku ingat kerja kt Jepun teruk lgi. Malaysia lgi hebat la siaa,” kata @sufiansobri pula.

Lebih menyedihkan kata @fais_mohder, gaji rakyat Malaysia yang paling sedikit berbanding bandar-bandar lain dalam senarai sama.

“Dalam list most overworked tu dahlah kita yang gaji paling sendu. Sedih.”

Oleh itu, bagi @syazwnr, majikan dan kerajaan perlu menyedari dan menyelesaikan isu yang dihadapi rakyat – masalah gaji rendah.

“Kecuali dan sehingga majikan dan kerajaan boleh mengakui bahawa isu kita adalah gaji rendah, yang tidak pernah berubah selama berapa dekad, janganlah seksa orang lagi dengan nak suruh kerja lebih masa.”

Apatah lagi dalam era internet ini, yang menurutnya, majikan langsung tidak menghormati waktu rehat pekerja.

“Yea tapi working dalam internet age ni susah nak monitor time. I mean kita set 9-5 tapi bos expect kits reply pukul 9 malam and kena hantar report before 7 pagi esok. Orang belah sini tak reti hormat waktu rehat. Also gaji still kena naikkan, ours is lagging behind.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: