Tempatan

Stadium Shah Alam Akan Diroboh Oktober Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 12 Jun 2023 – Proses perobohan Stadium Shah Alam akan bermula awal Oktober ini, ujar Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas ia terpaksa ditangguhkan dari jadual asal pada bulan ini ekoran sebab-sebab tertentu.

“Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini,” katanya.

BACA JUGA: Orang Awam Dijemput Beri Pandangan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara

BACA JUGA: Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini

BACA JUGA: Pelajar Dihalang Memasuki Sekolah Kerana Berhijab

Jelas beliau lagi, walaupun proses permulaan perobohan stadium bermula sedikit lewat, ia tetap dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.

“(Kompleks) tetap akan siap pada tahun 2026 iaitu mula awal 2026 dan (siap) suku ketiga tahun 2026.”

Sementara itu, Amirudin berkata, proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudahpun dilakukan. Ujarnya, KM diperlukan berikutan struktur stadium yang besar dan bukan mudah bahkan segala proses perobohan perlu diteliti.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2023.

Sebelum ini, struktur sedia ada dilaporkan akan diroboh untuk menangani masalah banjir kilat dengan menaikkan padang boleh alih baharu.

Stadium berwajah baru itu juga dijangka dapat menampung antara 35,000 dan 45,000 penonton.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: