Tempatan

Kuala Lumpur Catat Peningkatan Gaji Terendah Di Malaysia – Blog

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2022 – Menurut satu kajian yang dilakukan berkaitan aspek penggajian dan upah yang menilai sejauh manakah pasaran buruh Malaysia berjaya pulih semasa tempoh pasca pandemik COVID-19 pada tahun 2021 mendapati, W.P. Kuala Lumpur merekodkan peningkatan gaji terendah, apabila naik hanya sebanyak RM17 iaitu 0.6% sahaja kepada RM3,054.

Walaupun Kuala Lumpur berada antara enam negeri di Malaysia merekodkan gaji dan upah melebihi paras nasional, namun malangnya berada di tangga terakhir dari segi kadar peningkatan gaji.

Selain ibu negara Malaysia dengan tangga gaji RM4,013, lima negeri lain yang mencatatkan gaji dan upah melebihi paras nasional adalah W.P. Putrajaya (RM4,504), Selangor (RM3,543), W.P. Labuan (RM3,268), Pulau Pinang (RM3,080) dan Negeri Sembilan (RM3,045).

Berbeza dengan negeri Sarawak yang tidak tersenarai dalam enam negeri mempunyai tangga gaji tahap nasional, tetapi Bumi Kenyalang itu merupakan negeri yang merekodkan peningkatan gaji terbesar iaitu sebanyak RM466 (29.3%) kepada RM2,059 pada 2021 berbanding tahung 2020, RM1,593.

Selain itu, laporan berdasarkan etnik pula menunjukkan bahawa etnik Cina merekodkan peningkatan penengah gaji tertinggi di Malaysia selepas etnik lain-lain.

Perbandingan antara tahun 2020 dengan 2021 itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.7%, daripada RM2,470 kepada RM2,734 bagi etnik Cina, manakala etnik lain-lain meningkat sebanyak 12.0%, daripada RM1,412 kepada RM1,582.

Berdasarkan analisa tersebut juga, peningkatan penengah gaji bagi etnik Bumiputera pula adalah sebanyak 5.3%, daripada RM2,019 pada tahun 2020 kepada RM2,127 pada tahun 2021.

Berbeza pula bagi etnik India yang satu-satunya etnik yang menunjukkan penurunan, sebanyak 4.2% kepada RM1,930 berbanding tahun 2020 sebanyak RM2,014.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: