Antarabangsa

Hari Pertama Perjumpaan Bisnes Arab-China Meterai Perjanjian Bernilai RM44 Billion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 13 Jun 2023 – Hari pertama bagi Konferens Perniagaan Arab China ke-10 pada tahun ini telah menyaksikan sekitar 30 perjanjian perniagaan yang bernilai sekitar $10 bilion dalam pelbagai sektor.

Antara sektor yang terlibat bagi perjanjian-perjanjian perniagaan yang dimeterai di dalam konferens tersebut termasuklah teknologi, sumber boleh diperbaharui, agrikultur, hartanah, bahan galian, rantaian pembekalan, pelancongan serta penjagaan kesihatan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, kerajaan Arab Saudi telah memeterai beberapa perjanjian dengan beberapa entiti China bagi projek-projek yang melibatkan kerjasama dalam kajian automotif, pembangunan, pengilangan serta jualan, pembangunan pelancongan serta beberapa aplikasi yang lain.

BACA JUGA: KKM Pertimbang Semula Caj RM1 Di Klinik Kerajaan

BACA JUGA: Stadium Shah Alam Akan Diroboh Oktober Ini

BACA JUGA: Dijangka Sehingga September, Orang Ramai Dinasihat Bersiap-Siaga Hadapi El Nino

Selain itu, kedua-dua pihak tersebut turut menandatangani persetujuan dalam penghasilan gerabak serta roda kereta api di Arab Saudi.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putra Abdulaziz bin Salman pula telah mengeluarkan kenyataan berbentuk petunjuk bahawa bahawa kerjasama pelaburan di antara Arab Saudi dan China akan lebih erat dan lebih banyak perjanjian akan dimeterai.

Menurutnya lagi, Arab Saudi kini cenderung dengan pendekatan berbentuk kerjasama dan bukan pendekatan berbentuk persaingan dengan pihak China.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat sinergi di antara dua negara tersebut berikutan Arab Saudi kini sedang berusaha menuju pelan Vision 2030 manakala China pula sedang berusaha ke arah Belt and Road Initiative.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: