Tempatan

Murtadkan Wanita Islam – Lelaki Bangsa India Diburu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa polis Johor telah menyerbu kediaman seorang lelaki yang didakwa memurtadkan perempuan Islam di sebuah rumah di Perjiranan Dato Onn selepas tularnya satu video dalam talian.

Namun, tiada sebarang tangkapan dibuat selepas pemeriksaan mendapati kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan kakak lelaki itu sahaja.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat terus kepada pihak polis serta tidak mengambil tindakan secara sendirian yang dibimbangi boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu gugat ketenteraman awam.”

Ujarnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh pula memberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil tindakan berkaitan kes ini.

Menurutnya, tindakan undang-undang juga boleh diambil di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sedang berkuat kuasa di beberapa buah negeri.

“Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sedang berkuat kuasa di beberapa negeri terhadap mana-mana orang termasuk orang bukan Islam yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa orang Islam supaya meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada agama Islam.”

“Selain itu, mana-mana orang Islam yang cuba untuk keluar dari agama Islam juga boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa di beberapa buah negeri,” tegas beliau.

Beberapa hari lalu, masyarakat terutamanya Muslim dikejutkan dengan tularnya satu klip video memaparkan seorang lelaki bukan Islam mengaku memurtadkan seorang wanita Islam Indonesia sebelum mengahwininya.

Lelaki itu turut memberitahu cara untuk lelaki bukan Islam mengahwini wanita Islam adalah dengan menukarkan agama mereka di negara lain seperti Indonesia, Singapura atau India terlebih dahulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: