Tempatan

Malaysia Negara Islam Mengarut – Gay Murtad IPT Selangor

Tp Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 22 Januari 2022 – Seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor mendedahkan bahawa dirinya sudah tidak beriman dengan agama Islam, akan tetapi beliau enggan untuk membuat pengisytiharan secara terbuka kerana perlu melalui beberapa proses untuk itu.

Tulis beliau di laman Twitter, “Satu-satunya isu yang saya ada dengan agama-agama di Malaysia ialah cuma Islam satu-satunya agama yang kamu boleh peluk.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Aku sudah tidak beriman dengannya lagi, dan tetapi jika saya mahu isytiharkan diri saya sebagai seorang murtad secara rasmi, saya perlu lalui beberapa proses yang dikecualikan bagi mualaf-mualaf Muslim.”

1-300x114.jpeg

Pendedahan beliau itu menerima like dari beberapa orang aktivis LGBT tempatan.

Sebagai seorang yang mempunyai orentasi seksual sejenis, beliau menegaskan bahawa beliau menolak sebarang diskriminasi terhadap golongan yang terpinggir kerana beliau menganggap hakikat Malaysia sebagai negara Islam adalah sesuatu yang mengarut.

2-300x138.jpeg

Beliau menegaskan bahawa konsep kebaikan dalam Islam langsung tidak membawa kemajuan bagi manusia kerana menurutnya, Islam menafikan hak golongan LGBTQ.

“Kerana inilah saya cakap konsep kebaikan Islam adalah pentingkan diri sendiri dan langsung tidak memajukan manusia. Kebaikan adalah untuk semua orang dan fakta bahawa Islam menafikan hak-hak komuniti LGBTQ adalah bukti bahawa ia cuma mahukan kebaikan hanya pada kumpulan terpilih sahaja.”

3-300x123.jpeg

Menurutnya lagi, terdapat banyak pembaharuan perlu dilakukan daripada dalam Islam.

“Saya tidak boleh bersetuju dengan itu. Saya fikir ada banyak pembaharuan yang diperlukan dari dalam Islam.”

I can’t agree with that. I think there’s a lot of reformations needed within Islam. And if those can’t be done… Well. I guess you can see the bigger picture of my tweets here.

Leave a Reply

Back to top button