Tempatan

Mentega Terbang: Rasa Seperti Al Quran Dipijak Depan Mata – Zabidi Mohamed

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

@Viu padam Mentega Terbang.

1.Pengarahnya Khairil Anwar cabar kita semua tonton dulu filemnya hingga habis sebelum komen.

2. Saya sudah menontonnya hingga habis dan dapatan saya filem ini secara terang-terangan dan bukan lagi secara halus atau subtext adalah satu usaha terancang untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia dan target mereka adalah remaja sekolah.

3. Menontonnya buat saya rasa seperti Al Quran itu dipijak-pijak depan mata.

4. Alhamdulillah laporan polis telah dibuat dan moga pihak berkuasa boleh mengambil tindakan pendakwaan ke atas pengkaryanya. KDN boleh rampas video asal filem ini untuk tujuan pendakwaan. Ada banyak akta boleh digunakan untuk tujuan pendakwaan.

5. Nama-nama ini saya tidak akan padamkan dari ingatan saya

Penerbit: Tan Meng Kheng
Pengarah: Khairi Anwar
Penulis skrip: Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ti Teng Hui.

#blasphemy
Note: Makna blashpemy dalam konteks Islam bermaksud menghina,meremeh, merendah-rendahkan, meleceh-lecehkan, menodai, mempersendakan Islam dan menimbulkan keraguan ke atas Allah, Rasul, Al Quran & Hadith.

Pautan Asal: FB Zabidi Mohamed

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: