Libatkan Wanita Dalam Pelbagai Bidang, Termasuk Mitigasi Iklim – Pemangku Raja Pahang
PUTRAJAYA, 19 Mei 2023 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya melibatkan golongan wanita dalam pelbagai peringkat sebagai pembuat keputusan penting dalam negara ini.
Kebawah Duli Tuanku bertitah, golongan wanita dilihat tidak terlibat dengan pengurusan pembuatan keputusan perancangan mitigasi, walaupun mereka juga terkesan dengan perubahan iklim.
BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM
BACA JUGA: Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM
BACA JUGA: Kerajaan Yang Majoriti Islam Tapi Tidak Boleh Pertahankan Islam – Syed Hassan Syed Ali
“Adalah penting untuk memastikan bahawa suara wanita didengari dalam pelbagai peringkat khususnya mengenai pembuatan keputusan bermula daripada perancangan dan pelaksanaan,” titah Kebawah Duli Tuanku pada majlis perasmian Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 hari ini.
Titah Kebawah Duli Tuanku, kaum wanita juga perlu diberi akses dalam bidang kesihatan, termasuklah yang berkaitan kerana perkembangan kesihatan dalam negara, perubahan iklim dan banyak lagi.
“Dengan mengetengahkan pelbagai isu melibatkan perubahan iklim, jantina dan banyak lagi negara boleh mencipta masa depan yang lestari.”
Terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 pada hari ini.
Turut berangkat sama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir ke majlis tersebut.