Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan
ISTANBUL, 10 Julai 2023 – Pencairan glasier akibat perubahan iklim secara tidak langsung mencetuskan kebakaran hutan, kata seorang ahli akademik Turkiye, Murat Turkes.
Menurutnya, glasier yang berfungsi memantulkan kira-kira 80 peratus sinaran matahari kini kian mencair sehingga menjejaskan keseimbangan hidro-meteorologi.
BACA JUGA: Pemilik Crackhouse Comedy Mengaku Salah, Didenda RM8,000
BACA JUGA: e-Negarawan: Teroka Sejarah Negara Dengan Kod QR
BACA JUGA: Threads Dilabel Pesaing Twitter, Daftar 30 Juta Pengguna
Akibatnya, suhu semakin meningkat dan tiupan angin semakin kuat mencetus kebakaran hutan di musim panas.
“Di situlah masalah akan timbul. Dalam 50 tahun lalu, glasier di kebanyakan tempat telah berkurangan, begitu juga dengan salji.”
“Jika glasier terus mencair pada kadar ini, kutub akan menjadi panas pada abad yang akan datang, dan dunia di mana ia mencair sepenuhnya mungkin 10 darjah Celsius lebih panas daripada hari ini.”
Memandang serius isu ini, Turkes menegaskan kebakaran hutan akan memburukkan lagi keadaan kerana karbon dioksida dipancarkan ke atmosfera apabila dibakar.
“Selain itu, kehilangan hutan bermakna pengurangan sumber air.”
Seterusnya dalam dunia yang lebih panas, penyejatan adalah pantas dan pada kadar yang besar, yang membawa kepada banjir dan tanah runtuh.
“Jika perubahan iklim tidak dihalang, situasi negatif yang diperhatikan hari ini akan bertambah pantas dan kita akan mula mengalami senario buruk itu sebelum penghujung abad ini,” katanya memberi amaran.