Tempatan

Penjual Daging Mengaku Bersalah Hina Agong & Permaisuri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – Penjual daging mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghina KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam sebuah hantaran jelik.

Menurut laporan, Mahkamah Sesyen mengarahkan Sharil Mohd Sarif, 40, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selepas Hakim, N Priscilla Hemamalini mendakwa individu itu menghadapi masalah mental.
Hakim memutuskan sedemikian mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah Akta 593.

Mengikut pertuduhan, Sharil membuat penghantaran komunikasi jelik yang membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menggunakan akaun Twitter SharilSarif39, dengan niat ingin menyakiti hati orang lain.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada jam 5.28 dan 5.30 pagi 12 Mac lalu, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membacanya pada jam 8.22 malam keesokan hari.

BACA JUGA: Perubahan Iklim: Malaysia Perlu ‘Berdikari’ Hasilkan Makanan Sendiri

BACA JUGA: GEMPAR! Kibar Bendera Palestin Bakal Dianggap Jenayah

BACA JUGA: Umat Islam Tidak Pernah Rela Nama Tuhan Mereka Disebut Dengan Cara Yang Salah Pandangannya – Dr Izham Nayan PPIM

Pendakwaan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, individu itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Sebelum ini, Sharil mendakwa ada mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Sungai Petani, Kedah.

Ujarnya, “Kakak saya yang bawa saya ke hospital itu. Saya mengaku salah atas pertuduhan dan memang ada masalah mental.”

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai hal itu.

“Pegawai penyiasat hanya dimaklumkan secara lisan oleh lelaki berkenaan mengenai keadaan mentalnya yang tidak stabil,” katanya.

Mengulas lanjut, kes itu ditetapkan untuk sebutan semula dan perkembangan rawatan pada 16 Jun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: