Tempatan

Sistem Kehakiman Syariah Pahang Perlu Jadi Contoh Semua – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN, 14 Oktober 2021 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru agar sistem dan pentadbiran Kehakiman Syariah di Negeri Pahang perlu menjadi lebih tersusun dan sistematik, lapor Pahang Media.

Sistem Kehakiman Syariah Negeri Pahang juga perlu menjadi contoh kepada negara dan negeri lain.

“Di negeri saya, penubuhan Mahkamah Syariah diperuntukkan di bawah Seksyen 42 Enakmen Pentadbiran Agama Islam nombor 3 tahun 1991 dan kuasa yang diberikan kepada Sultan sebagai raja pemerintah.”

“Selaku Pemangku Raja Pahang, saya amat memandang tinggi institusi Kehakiman Syariah dan Pendakwaan Syariah di negeri ini. Insya Allah segala usaha dalam memartabat dan memperkasakan Mahkamah Syariah ini akan saya berikan keutamaan.”

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Istana Abu Bakar, Pekan, Isnin lalu.

Turut mengiringi, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Dalam majlis tersebut, Tengku Hassanal turut bertitah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menamakan bangunan Mahkamah Syariah baharu di Indera Mahkota di Kuantan sebagai Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan itu ialah Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang Dato’ Sri Dr Sallehuddin bin Ishak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: